Leaderboard Ad

Wanita Ini Sudah 9 Tahun Merakam Gambar Gelandangan, Ketika Melihat Kembali Koleksi Fotonya, Dia Terperanjat

0

Bagaimanakah perasaan sekiranya terputus hubungan dengan orang tua? Seorang perempuan bernama Diana Kim yang berumur 32 tahun telah merasai pengalaman itu sendiri.

Diana yang merupakan seorang jurugambar dari Hawaii telah terputus hubungan dengan kedua ibu bapanya selepas meraka bercerai. Ibu bapanya telah bercerai semasa Diana berumur 5 tahun.

Selepas itu, beliau menjalani kehidupan berpindah randah bersama-sama dengan ibunya kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan hidup dalam kesusahan semasa dari kecil lagi.

Dia pernah tidur di rumah saudara, kawan, taman malahan di dalam kereta. Hidupnya semakin lama menjadi semakin susah tapi dia tetap menanam impian untuk bertemu dengan ayahnya kembali. Menurut Diana, minatnya berputik terhadap fotograf bermula semasa ayahnya mengajar dia untuk mengambil beberapa gambar semasa dia mempunyai kedai gambar di tempat kediamannya di Maui.

Pada 2003 semasa dia berada di kolej, Diana perlu menjalankan projek untuk mengambil gambar gelandangan di Honohulu. Pada 2012, Diana mengambil gambar seorang gelandangan lelaki di dalam puluhan ribu orang yang ada di sekitarnya.

Apabila Diana mengambil gambar, dia terlihat sesuatu yang biasa pernah dilihat dahulu. Kemudian dia tersedar gelandangan itu ialah sebenarnya ayahnya yang lama terpisah dahulu. Dia tidak menyangka untuk bertemu dengan ayahnya dalam keadaan yang sebak sebegitu.


Diana cuba untuk mendekati ayahnya tetapi ayahnya tidak memberi apa-apa respons malah tidak sedikit pun melihat kembali pun ke arahnya. Bermula dari saat itu, Diana melalui kawasan itu untuk melihat keadaan ayahnya selama dua tahun.

Kadangkala dia pernah mengajak ayahnya untuk mengikutinya pulang ke rumah tetapi ayahnya tetap memberikan respons yang sama. Setiap hari dia memerhatikan tingkahlaku ayahnya itu. Dia mula menyedari bahawa sebenarnya dia berkomunikasi dengan ayahnya melalui kamera.

Semenjak dari itu dia terus tetap mengambil gambar ayahnya. Pada tahun 2014, dia dapat tahu bahawa ayahnya itu mendapat serangan jantung dan telah dibawa ke hospital. Setelah doktor melakukan pemeriksaan, doktor telah mengesahkan bahawa ayahnya mempunyai kecacatan mental.

Semenjak dari hari itu, ayahnya mula bercakap dengan Diana dan semenjak dari hari itu juga, hubungan mereka menjadi bertambah erat.

Diana berkata semenjak dia ditinggalkan oleh ayahnya, dia sering berasa sedih dan tidak mempunyai semangat untuk menyayangi. Tetapi setiap hari ialah permulaan yang baru, dia berasa seronok untuk melihat ayahnya sihat.

Ayahnya sekarang sangat sibuk meluangkan masa bersama kawan dan selalu membuat sesuatu sebagai pekerjaan. Ayahnya mempunyai hasrat untuk menyambung pekerjaannya sebagai pemandu teksi dan melawat ahli keluarganya di South Korea.

Share.

Leave A Reply