Leaderboard Ad

[VIDEO] Sarah Suhairi Cover Bahagian Rap Lagu So Hot Versi Blackpink, Wow Boleh Tahan!

0

Juara Big Stage, Sarah Suhairi sekali lagi mendapat perhatian peminat apabila menyanyikan lagu cover K-Pop berjudul So Hot versi BLACKPINK.

Video berdurasi 35 saat itu dimuat naik Sarah menerusi akaun Instagramnya semalam.

Menariknya, Sarah hanya menyanyikan bahagian Rap lagu tersebut dalam Bahasa Inggeris dengan begitu lancar dan bersahaja.

Menerusi ruangan komen video tersebut, rata-rata peminat menyatakan rasa kagum melihat kebolehan Sarah untuk menyanyi rap.

Sehingga kini, video itu sudah mencecah lebih 150,000 tontonan.

Lagu So Hot merupakan nyanyian asal kumpulan Wonder Girls.

VIDEO :

Terdahulu, Sarah pernah menjadi tular dan trending di YouTube selepas menyampaikan lagu Korea popular Ddu Du Ddu Du nyanyian asal BLACKPINK di pentas Big Stage.

Malah, persembahan bertenaga Sarah itu juga turut mendapat reaksi masyarakat Korea yang memuji sebutan Hangul (Bahasa Korea) penyanyi berkenaan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber : Instagram @sarahsuhairi Via Gempak

Share.

Leave A Reply