Leaderboard Ad

[VIDEO] Pelawak Chot Tak Sangka Hadiah Set Pengurusan Jen4zah Mungkin Petanda Anak Dijemput Ilahi

0

HADIAH set pengurusan jen4zah yang diterima pelawak Chot akan menjadi ingatkan dia dan isteri selepas anak sulung mereka meningg4l dunia pada Isnin lalu.

Menurut Chot atau nama sebenarnya Hazmeer Hassan, dia tidak menyangka hadiah ketika menyertai pertandingan pencarian penyampai radio Melaka FM beberapa bulan lalu adalah petanda anaknya akan pergi buat selama-lamanya.

“Apabila terkenang kembali, ada hikmah apabila saya menerima set kelengkapan pengurusan jen4zah itu.

“Masa itu isteri saya sedang mengandungkan Allahy4rham Harraz,” katanya kepada mStar Online pada Khamis.

Bayi Chot yang juga ahli kumpulan XOXO iaitu Muhd Sher Harraz, meningg4l dunia disebabkan masalah injap jantung terbalik pada usia empat bulan.

Penyampai radio Melaka FM ini bagaimanapun menjelaskan set kelengkapan pengurusan jen4zah itu tidak sempat digunakan untuk menguruskan arw4h anaknya.

“Sebenarnya tak sempat nak gunakan kelengkapan tersebut untuk Harraz.

“Mungkin Allah mahu kami simpan kelengkapan tersebut sebagai kenangan buat saya,” katanya.

VIDEO PENUH :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariDunia

Sumber : Mstar

Share.

Leave A Reply