Leaderboard Ad

‘Ish orang tua ni makan apa’, – Mat Sabu cerita mengenai kisah pertama kali bekerja dibawah Dr M

0

Kehadiran Tun Mahathir di PD tenggelamkan ‘bisikan’ negatif – Anwar

KUALA LUMPUR: Calon Pakatan Harapan PRK Port Dickson yang juga bakal Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ceramah mega bersejarah pada Isnin bakal menenggelamkan persepsi negatif yang menyelubungi dinamik hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Anwar, bersama semula sepentas selepas lebih 20 tahun, ia membawa mesej jelas kepada rakyat mengenai apa yang diutamakan oleh PH.

“Apa yang diutamakan ialah usaha membela nasib rakyat, yang diutamakan ialah pemulihan ekonomi negara, yang diutamakan ialah kestabilan politik yang perlu kekuatan semua.
“Ini bukan sahaja soal Tun Mahathir dan saya, tetapi seluruh pimpinan PH dan dokongan rakyat pelbagai kaum,” jelas Anwar dalam rakaman bual bicara mingguan eksklusif, AI.

Kehadiran Tun Mahathir di PD tenggelamkan 'bisikan' negatif - Anwar

Antara sedutan bual bicara Anwar bersama Pengarang Kanan Astro AWANI, Ashwad Ismail.

Ashwad: Gabungan mantap Mahathir-Anwar. Tetapi Datuk Seri sendiri tahu yang ini bukan sahaja cerita PD. Ini adalah satu gambaran serta agenda lebih besar.

Anwar: Ya,Tun Mahathir jelaskan benda yang sama iaitu kehadiran beliau menunjukkan kompak muafakat dan perpaduan pimpinan PH yang dengan sendirinya akan menenggelamkan segala bisikan negatif yang terus menerus ada. Saya tentunya menyambut baik, dan ini agak sesuatu yang luar biasa. Pertemuan kami di atas pentas yang sama selepas 20 tahun.

Ashwad: Apa yang Datuk Seri harapkan di sebalik penampilan citra ini?

Anwar: Ia memberikan mesej jelas kepada rakyat bahawa yang diutamakan ialah usaha membela nasib rakyat, yang diutamakan ialah pemulihan ekonomi negara, yang diutamakan ialah kestabilan politik yang perlu kekuatan semua. Bukan sahaja soal Tun Mahathir dan saya, tetapi seluruh pimpinan PH dan dokongan rakyat pelbagai kaum”

‘Ish orang tua ni makan apa’,

Dalam satu majlis bersama pesara di Port Dickson semalam, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu membuka kisah pertama kali bekerja dibawah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden AMANAH itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu melahirkan rasa terkejut dengan keadaan kesihatan Mahathir yang dianggap sangat luar biasa jika dibandingkan dengan orang sebaya dengannya.

Mat Sabu turut mendedahkan betapa ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) mendaat pujian oleh beberapa negara Islam yang lain kerana ketegasan ucapannya mengkritik Israel.

VIDEO:

Share.

Leave A Reply